Sunday 15 December 2013

Rakyat makin sengsara dengan pelbagai kenaikan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan fakir miskin bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan selepas PRU13 bermula dengan kenaikan petroleum.

Koordinator Panatia Ekonomi Jingga13 Malaysia, Zainal Abidin Bin Abu Bakar berkata, kenaikan gula turut diikuti selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Kini, ujarnya seluruh pengguna Astro pula berdepan dengan kenaikan RM2 bagi Pakej Famili dan RM6 bagi Pakej Sukan yang telah berkuatkuasa 11 November 2013 turut menambahkan tekanan pada lebih 3 juta pengguna Astro yang terpaksa membayar kenaikan pakej tersebut sedangkan Astro umumkan perolehan RM2.3 Billion untuk 6 bulan pertama berakhir 31 Januari 2014 iaitu peningkatan 13 peratus.

Sedangkan, katanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.

Beliau menambah, bermula Januari 2014 pula rakyat Malaysia pula akan berdepan dengan kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Maximus Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99 sen setiap kilowatt, manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5 sen. Satu kenaikan yang sangat ketara.

“Wargakota Kuala Lumpur pula bakal berdepan dengan kenaikan tambang LRT dan monorel berkuatkuasa pada 2014 sudah pasti akan membebankan para pengguna pengangkutan awam tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, katanya kerana LRT dan monorel adalah merupakan pengangkutan golongan berpendapat rendah dan sederhana, mahasiswa, pelajar-pelajar dan warga miskin.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula telah mengesahkan bahawa kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014 dengan alasan terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya.

“Jingga13 Malaysia yakin beberapa siri kenaikan lagi bakal dikenakan kepada rakyat ekoran siri kenaikan selepas PRU13 dan bakal dilaksanakan pada tahun 2014 turut mengundang kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup yang sudah pasti memberikan kesan kepada rakyat,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, kerajaan Umno BN terus gagal memberikan kelegaan dan keselesaan kepada rakyat tetapi memberikan tekanan tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusiaan ekoran kenaikan yang bakal dihadapi dan diterima oleh rakyat seluruhnya.

Menurut beliau, kenaikan harga barang makanan dan barang-barang keperluan terus meningkat manakala gaji dan pendapatan rakyat tidak naik malah berdepan dengan cukai yang terus membebankan mereka.

“Jingga 13 Malaysia mendesak Kerajaan Umno BN menghentikan segala siri kenaikan dengan mengambil kira kesengsaraan majoriti rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan serderhana serta golongan fakir miskin,” katanya.
WANG BELANJA BUKA SEKOLAH 2014! JANA RM10,000 – RM30,000 EKSPRESS!
Tak payah pandang kiri…Tak payah pandang kanan..Hanya pandang facebook anda sahaja…Juga tak perlu susahkan diri cari orang..Atau keluar rumah menjual barang…Kerja anda hanya copy paste iklan-iklan yang disediakan sahaja..Sebelum tu daftar dahulu dan keluarkan modal RM70 sepanjang hayat..Income yang terjana dua hingga tiga kali ganda untuk anda…Mudah dan berbaloikan???Jika berminat… Dari Rumah Jana Income RM100- RM500 harian …bagaimana cara untuk lakukannya… jika inginkan kejayaan … Makan gaji pun boleh kaya?? Jika ingin tahu bagaimana caranya cepat jangan berlengah lagi sila Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan [] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan! ♥teknik Jutawan Internet Malaysia dengan cara mudah♥ANDA JANA WANG PERSARAAN RM1 JUTA DARI SEKARANG :)

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, MIGRAIN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT :)

No comments:

Post a Comment