Sunday 15 December 2013

Rakyat makin sengsara dengan pelbagai kenaikan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan fakir miskin bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan selepas PRU13 bermula dengan kenaikan petroleum.

Koordinator Panatia Ekonomi Jingga13 Malaysia, Zainal Abidin Bin Abu Bakar berkata, kenaikan gula turut diikuti selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Kini, ujarnya seluruh pengguna Astro pula berdepan dengan kenaikan RM2 bagi Pakej Famili dan RM6 bagi Pakej Sukan yang telah berkuatkuasa 11 November 2013 turut menambahkan tekanan pada lebih 3 juta pengguna Astro yang terpaksa membayar kenaikan pakej tersebut sedangkan Astro umumkan perolehan RM2.3 Billion untuk 6 bulan pertama berakhir 31 Januari 2014 iaitu peningkatan 13 peratus.

Sedangkan, katanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.

Beliau menambah, bermula Januari 2014 pula rakyat Malaysia pula akan berdepan dengan kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Maximus Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99 sen setiap kilowatt, manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5 sen. Satu kenaikan yang sangat ketara.

“Wargakota Kuala Lumpur pula bakal berdepan dengan kenaikan tambang LRT dan monorel berkuatkuasa pada 2014 sudah pasti akan membebankan para pengguna pengangkutan awam tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, katanya kerana LRT dan monorel adalah merupakan pengangkutan golongan berpendapat rendah dan sederhana, mahasiswa, pelajar-pelajar dan warga miskin.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula telah mengesahkan bahawa kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014 dengan alasan terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya.

“Jingga13 Malaysia yakin beberapa siri kenaikan lagi bakal dikenakan kepada rakyat ekoran siri kenaikan selepas PRU13 dan bakal dilaksanakan pada tahun 2014 turut mengundang kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup yang sudah pasti memberikan kesan kepada rakyat,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, kerajaan Umno BN terus gagal memberikan kelegaan dan keselesaan kepada rakyat tetapi memberikan tekanan tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusiaan ekoran kenaikan yang bakal dihadapi dan diterima oleh rakyat seluruhnya.

Menurut beliau, kenaikan harga barang makanan dan barang-barang keperluan terus meningkat manakala gaji dan pendapatan rakyat tidak naik malah berdepan dengan cukai yang terus membebankan mereka.

“Jingga 13 Malaysia mendesak Kerajaan Umno BN menghentikan segala siri kenaikan dengan mengambil kira kesengsaraan majoriti rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan serderhana serta golongan fakir miskin,” katanya.
WANG BELANJA BUKA SEKOLAH 2014! JANA RM10,000 – RM30,000 EKSPRESS!
Tak payah pandang kiri…Tak payah pandang kanan..Hanya pandang facebook anda sahaja…Juga tak perlu susahkan diri cari orang..Atau keluar rumah menjual barang…Kerja anda hanya copy paste iklan-iklan yang disediakan sahaja..Sebelum tu daftar dahulu dan keluarkan modal RM70 sepanjang hayat..Income yang terjana dua hingga tiga kali ganda untuk anda…Mudah dan berbaloikan???Jika berminat… Dari Rumah Jana Income RM100- RM500 harian …bagaimana cara untuk lakukannya… jika inginkan kejayaan … Makan gaji pun boleh kaya?? Jika ingin tahu bagaimana caranya cepat jangan berlengah lagi sila Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan [] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan! ♥teknik Jutawan Internet Malaysia dengan cara mudah♥ANDA JANA WANG PERSARAAN RM1 JUTA DARI SEKARANG :)

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, MIGRAIN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT :)

Friday 8 November 2013

Apa masalah Petronas dengan orang Melayu, wahai Tun Mahathir?



Apa masalah Petronas dengan orang Melayu, wahai Tun Mahathir?

Dr Dzulkefly Ahmad,09 Nov 2013
Sekali lagi isu Petronas tidak membantu bahkan meminggirkan syarikat-syarikat Melayu terpapar di muka depan dada akhbar. Kali ini yang membuat kenyataan itu tidak lain dari Penasihat Petronas sendiri Tun Mahathir. Sangat pelik tetapi benar. Aduan dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), pemilik syarikat vendor bumiputera dan pengusaha stesen minyak Petronas.

Ini bukan kali pertama kali aduan dan gesaan dibuat oleh MTEM dan pihak-pihak yang didakwa. Untuk tahun ini sahaja sudah  tiga kali. Bermula bulan Februari dan berlanjutan ke bulan Mac.

Menjadi lebih pelik dan sedikit mengaibkan ialah yang membuat gesaan dan kritikan itu adalah Penasihat Petronas sendiri. Sukar membaca maksud di sebalik laporan seperti ini. Apakah Tun sudah tidak punya ‘aura’ atau ‘pengaruh’ dalam Petronas lagi ataukah Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO baru ini memang jenis tak layan gesaan atau ‘ugutan’ seperti yang dilaporkan di sini.

Maka bukan kerana Tun sudah tidak ada pengaruh tetapi memang CEO atas isu-isu seperti ini, bukan kata Penasihat, kalau Perdana Menteri sendiri campur-tangan sekali pun dia memang bertegas ‘bo layan’ atau tak peduli campur-tangan ‘orang politik’. Apakah begitu hakikatnya? Sukar juga untuk membuat penilaian yang tepat dan adil.

Apa pun, tanpa memihak dan untuk menulis secara objektif, saya selaku Pengarah Pusat Penyelidikan telah pun membuat beberapa gesaan secara terbuka kepada Petronas. Saya masih ingat bulan Mei (29hb) penulisan kami terbit di dua portal news The Malaysian Insiders dan Harakahdaily dan dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan lain. CEO Petronas Tan Sri Shamsul Azhar menjawab sendiri.

Buat peringatan umum, Petronas diperbadankan pada 17 Ogos, 1974 sebagai syarikat minyak nasional Malaysia, mendapat hak keseluruhan pemilikan dan kawalan sumber petroleum di negara ini. Ia telah berkembang daripada hanya menjadi pengurus dan pengawal selia sektor huluan Malaysia kepada syarikat minyak dan gas bersepadu sepenuhnya dan dalam senarai Fortune Global 500 syarikat terbesar di dunia.

Petronas didakwa oleh Penasihatnya semacam 'tersepit' dan ‘serba salah’ dan antara memperjuangkan objektif asasnya untuk meningkatkan komuniti perniagaan Bumiputera dengan membuka perniagaan bagi penyertaan asing sejajar dengan pelan globalisasi perniagaannya.

Dalam pusingan pertikaian kali ini, PAS sekali lagi mengingatkan semua pihak khasnya Petronas dan juga Penasihat Petronas supaya benar-benar menjalankan tadbir-urus yang cekap dan berkeamanahan. Isunya bukanlah sangat dilema antara nak tolong syarikat-syarikat Melayu atau nak menjalankan pelan globalisasinya.

Sebaliknya kami berpandangan isu utama dan pertama penting ialah sama ada Petronas benar-benar komited untuk mempastikan beroperasi perniagaan dengan cara yang paling berkesan. Petronas mesti sentiasa membandingkan kecekapan dan prestasi mereka dengan rakan-rakan seperti Norway Statoil, atau Brazil Petrobras?

Sebab itu kami menggesa Putrajaya ketika itu untuk menjalankan audit ke atas Petronas selepas satu laporan di Laman Web Revenue Watch Institute (RWI) menunjukkan kedudukan Malaysia dalam hasil ketelusan pengurusan jatuh ke tempat ke-34 tahun ini 2013, dari kedudukan 22 pada tahun 2010, jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Timor Leste dan Filipina yang menduduki tempat ke-13 dan masing-masing 23. Perkara ini telah kami huraikan secara terperinci dalam penulisan tersebut dan perlu diulangi di sini. Mungkin Petronas punya banyak sebab untuk menolak dapatan RWI.

Nah, persoalan dan isu kedua ialah sejauhmana Petronas telah berjaya atau tidak berjaya bangunkan syarikat-syarikat tempatan yang memungkinkan mereka menjadi juara global. Ini yang menjadi kunci pertikaian mutakhir ini.

Ahli ekonomi pembangkang menunjukkan bagaimana kontrak minyak telah diedarkan hanya di kalangan syarikat-syarikat "kroni" seperti SapuraKecana, Dialog, Petra dan Scomi mendedahkan kriteria penilaian yang digunakan dalam semua amalanpemberian kontrak yang menyebabkan dan membenarkan syarikat yang sama memenangi semua bidaan kontrak. Ini termasuk pertikaian kami tentang pemberian kontrak eksplorasi bidang marginalnya (juga dikenali sebagai Kontrak Perkhidmatan Risiko, RSC) kepada syarikat-syarikat tertentu.

Kesemua mereka yang dapat kontrak dan projek, didakwa sebagai mempunyai hubungan intim dengan penguasa politik dan ini telah menghalang pertumbuhan kontraktor tempatan khasnya Bumiputera yang genuine dan punya merit dan kredibiliti tetapi jelas tidak dapat bersaing di atas padang yang sama rata.

Petronas bertanggungjawab membina dan melatih ‘enterpreneurs bumiputera yang tulen’ dalam program ‘Vendor Development’. Ini adalah tanggungjawab 'national service' Petronas selaku 'pemilik tunggal minyak negara'.

Apa telah terjadi dengan program yang baik seperti ini? Saya kira MTEM berhak tahu bahkan semua rakyat sebagai ‘stakeholder’ prihatin Petronas juga ingin tahu? Sejauhmana kejayaannya dan kalau gagal kenapa gagal?

Apa sebab gagal dan  siapa petualang yang menyekat pembangunan syarikat-syarikat tempatan ini? Ataukah telah dimansuhkan program Pembangunan Vendor ini yang sepatut Petronas membimbing semacam ‘hand-holding’ syarikat-syarikat baru yang memerlukan dokongan Petronas?

Maka kesimpulannya, Petronas dan penasihatnya perlu mentakrifkan apakah masalah sebenarnya  ini. Dua objektif ini tidak wajar dilihat sebagai ‘mutually exclusive’ atau saling bertentangan seperti didakwa Tun Mahathir

Petronas dan penasihatnya wajar menerima apakah di sebaliknya semua pertikaian ini adalah amalan kronisme yang tidak kunjung berkesudahan, sekali gus mencekik usahawan tulen Bumiputera khasnya dan entiti tempatan yang lain amnya?

Dr Dzulkefly Ahmad, Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

RAHSIA PENUHKAN POKET ANDA BERISI WANG RM5,000 SAMBILAN SETIAP BULAN. JIKA RAJIN TAMBAH RM10,000 SEBULAN….Bestkan andai duit penuh poket dan tak pernah kering??? Hujung tahun siap bawa keluarga melancong dalam dan luar negara serta shopping apa sahaja yang diingini…dengan Kedai Online Herba Malaysia Jutawan Senyap Internet Bisnes Copy/paste Network juga anda mampu peroleh wang dengan banyak hanya bermodalkan RM70..Info lanjut sila Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan [] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan! ♥teknik Jutawan Internet Malaysia dengan cara mudah♥ANDA JANA WANG PERSARAAN RM1 JUTA DARI SEKARANG :)

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, MIGRAIN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT :)

Thursday 7 November 2013

Intipan AS permulaan kepada penjajahan

Intipan AS permulaan kepada penjajahan

Salmah Mat Husain,07 Nov 2013
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan menggesa kerajaan  Malaysia  betindak tegas terhadap dakwaan  negara ini sedang diintip oleh Amerika Syarikat melalui kedutaannya di sini.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Fadzli Shaari berkata, kerajaan Malaysia perlu memperjelaskan isu pengintipan itu yang timbul berikutan laporan akhbar berhubung dakwaan pemberi maklumat perisikan, Edward Joseph Snowden yang mendedahkan  Amerika Syarikat  mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaannya di Kuala Lumpur.

“Saya menyifatkan intipan seperti itu sebagai satu bentuk penjajahan baru yang amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana negara di zaman moden ini.

“Kita bukan lagi berada di zaman Perang Dunia di mana semua isu keselamatan dipantau oleh Amerika Syarikat yang mendakwa sebagai polis dunia,”ujarnya.

Katanya lagi, di zaman moden abad ke-21 ini,  amat memalukan apabila sesebuah negara berdaulat masih diintip oleh negara lain atas sebab keselamatan.

Beliau menegaskan, sejarah membuktikan bentuk penjajahan dan serangan ketenteraan yang berlaku di dalam sejarah pastinya akan dimulakan dengan proses intipan.

Kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu lagi, Jepun misalnya sebelum menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 telah memulakan proses intipan beberapa tahun sebelum itu melalui ejen-ejen yang menyamar sebagai orang awam.

“Demikian juga serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu beberapa bulan lepas juga dilaporkan dimulai dengan proses intipan begitu lama oleh ejen-ejen mereka yang bergerak di dalam masyarakat awam.

“Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk Amerika Syarikat melakukan sebarang kegiatan intipan sekalipun hanya intipan eletronik di negara ini,”ujarnya lagi.

Tambah beliau, selaku sebuah negara yang mempunyai kedaulatan sendiri disamping mempunyai hubungan diplomatik dengan Amerika, adalah sangat tidak wajar kegiatan seperti itu dilakukan.

Sehubungan itu, Fadzli menggesa  kerajaan Malaysia melakukan tindakan yang lebih tegas selain daripada menghantar nota bantahan.

Katanya ianya  termasuk juga menagguhkan serta merta rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pacific (TPPA) dengan Amerika dan juga Austraila yang dikatakan turut terlibat.

Selain itu, tegasnya lagi bantahan demi bantahan wajib disuarakan melalui Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia termasuklah menutup sementara Keduataan Amerika Syarikat jika perlu.

“Pada saya, tindakan sebegini wajib dilakukan demi menjamin kedaulatan negara tidak sewenang-wenangnya dicabul oleh negara asing,”ujarnya.



Anda yang mampu mengubah kehidupan anda..jangan risau dengan modal yang anda laburkan sebanyak RM70 mampu membantu anda peroleh pendapatan tambahan dengan sekelip mata hanya lakukan kerja yang teramat mudah..sertai rakan-rakan kita yang telah menjana income RM1,000 sebulan, RM2,000 Sebulan, RM3,000 sebulan, malahan kini sedang giat mahu mencipta pendapatan sambilan RM100,000…berminat ingin tahu sila.. Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan [] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan! ♥teknik Jutawan Internet Malaysia dengan cara mudah♥ANDA JANA WANG PERSARAAN RM1 JUTA DARI SEKARANG :)

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT :)

Tuesday 5 November 2013

Mursi bersemangat hadapi pertuduhan di mahkamah

Dr Mursi terus bersemangat dan tabah hadapi pertuduhan di mahkamah

Inilah gambar pertama Dr Mursi selepas berbulan disembunyikan tentera

Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan tentera Mesri membuat penampilan pertama setelah berbulan dipenjara tentera kudeta untuk menghadiri perbicaraan bersama tujuh orang yang lain iaitu Naib Presiden FJP, Dr. 'Esom 'Eryan, As'ad Syaikhah (Timbalan Ketua Turus Jabatan Presiden), Ahmed Abdul 'Athi (Ketua Kakitangan Pejabat Presiden), Aiman Abdur Raouf (Penasihat Presiden) dan Dr.Mohammed Beltaji (Bekas MP Ikhwan

Dilaporkan bahawa pihak keselamatan merampas komputer riba, telefon, dan gajet-gajet yang lain daripada wartawan sebelum mereka memasuki dewan mahkamah.
Presiden Dr Mursi yang memakai kot dan seluar biru gelap berserta kemeja putih tanpa tali leher hanya tersenyum mendengar isu provokasi yang ditimbulkan oleh perhakiman kudeta ke atasnya.

Dr Mursi sempat menyampaikan pesan kepada Dr Eryan sebelum dihantar semula ke penjara,

"Sampaikan salamku buat rakyat Mesir yang teguh dan thabat (tetap). Dan katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya saudaramu Mursi akan tetap teguh dan thabat dan tidak akan bertolak ansur dengan penghinaan ke atas agamanya dan negaranya"

Penangguhan perbicaraan diumumkan oleh setiausaha mahkamah dan akan ditangguhkn ke 8 Januari, penangguhan diputuskan atas alasan hakim tidak dapat meneruskan perbicaraan seterusnya akibat sorakan dan laungan menentang tentera di dalam dewan perbicaraan.

Sebelum perbicaraan ditangguhkan Dr Mursi berkata kepada Hakim:

"Saya adalah presiden sah untuk negara ini dan saya mempertanggungjawabkan kamu di atas semua jenayah kudeta ke atas legitimasi "

Setelah perbicaraan ditangguhkan Dr Mursi dibawa semula ke penjara Kaherah dengan sebuah helikopter.

Sementara itu, jutaan manusia mengadakan demonstrasi di hadapan mahkamah dan jalan-jalan sekitarnya walaupun cuba disuraikan tentera dengan menggunakan peluru hidup. Berpuluh-puluh cedera akibat tembakan tentera namun belum ada kematian dilaporkan.

saksikan video Dr Mursi di SINI

Peluang jana pendapatan yang termudah, termurah dan terpantas hanya dengan sertai Kedai Online Herba Malaysia Jutawan Senyap Internet Bisnes Copy/paste Network..anda tak perlu menjual barang..TAK PERLU HADIR MESYUARAT SETIAP MINGGU..TAK PERLU PANDAI BERCAKAP..hanya perkenalkan website anda pada rakan2..anda buat banyak anda akan dapat pulangan yang banyak..apa tunggu lagi jom ramai-ramai… Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan [] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan! ♥teknik Jutawan Internet Malaysia dengan cara mudah♥ANDA JANA WANG PERSARAAN RM1 JUTA DARI SEKARANG :)

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT :)

Friday 1 November 2013

Zunar terbit animasi “Antutuya”

Zunar terbit animasi “Antutuya”

Harakahdaily,01 Nov 2013
KUALA LUMPUR:Kartunis Zunar atau nama sebenarnyaZulkiflee Anwar Haque sekali lagi muncul dengan idea baru apabila mengumumkan pernerbitan animasi “Datuk Nazak & Antutuya”.

“Ketika semua orang sibuk pasal (kontroversi) nama Allah, saya teringat nama ‘ALtantuya’. Kerana itu saya menerbitkan animasi ‘Datuk Nazak & Antutuya’  dalam episod ‘Antutuya bunuh diri’,” katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Animasi 4.28 minit ini, ujarnya bagi mengenang kematian model asal Mongolia yang dibunuh dengan kejam pada bulan ini tujuh tahun lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada animator, kartunis Jonos yang berkerja keras menyiapkan animasi ini,” ujarnya.

Zunar pernah bertugas sebagai kartunis di Harakah pada kemuncak era reformasi tahun 1999.

Salam Jumaat, RAHSIA ORANG BIASA JADI JUTAWAN SENYAP TANPA PERLU BERHENTI KERJA! HANYA 2 JAM SEHARI JANA RM5,000 SAMBILAN. Jika tak berani mencuba nasib maka tak akan berubahlah kehidupan anda…ingat rezeki takkan datang bergolek..semuanya perlukan usaha dan kesabaran..nak tahu lebih lanjut mengenai biz ini cepat-cepat Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan [] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan! ♥teknik Jutawan Internet Malaysia dengan cara mudah♥ANDA JANA WANG PERSARAAN RM1 JUTA DARI SEKARANG :)

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT :)


Tuesday 29 October 2013

SUNNAH BEKAM YANG DITINGGALKAN UMAT ISLAM, KENAPA MEMILIH RAWATAN DARI NASRANI DAN YAHUDI?

BAGAIMANAKAH MEMAHAMI BEKAM? KENAPA RAMAI UMAT ISLAM TIDAK MENGAMALKAN RAWATAN SUNNAH NABI SAW INI?


Satu soalan mudah pada anda : “adakah anda pernah mendengar istilah bekam? Apakah anda pernah dibekam?” berbahagialah apabila anda menjawab “pernah”. Sebab dari soalan yang ditujukan pada ramai teman muslimin, menunjukkan bahawa mereka belum mendengar istilah bekam sebanyak 80%. Sedangkan yang belum pernah dibekam sebanyak 90%.


Sungguh merugikan, kerana rawatan bekam ini telah dikenali ribuan tahun dahulu. Sejak zaman Nabi Musa a.s dan bekembang ke seluruh dunia hingga hari ini.

Rawatan bekam adalah semulajadi, tiada bahan kimia, tiada kesan sampingan serta boleh mengatasi banyak penyakit di zaman moden ini.
 
Rawatan berbau ‘barat’ yang didominasi orang Nasrani dan Yahudi nampak indah dan menyenangkan serta menyembuhkan. Ini memang usaha mereka untuk menjauhkan kaum muslimin dari kitab-Nya Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW Diriwayatkan oleh At-Thabrani, bahawa pembekaman pada satu cara disekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Rasululullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam ditengah tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit”

Setiap yg sunnah pasti ada keberkatannya...Menurut Anas Bin Malik, telah bersabda Rasulullah S.A.W. "Pengubatan yang paling baik di antara kalian ialah al Hijaamah (Bekam Darah)".


 BEKAM THIBBUN NABAWI (POINT BEKAM RASULULLAH)

Saya melakukan bekam thibbun nabawi dgn satu point penting diatas kepala. Bekam diatas kepala dapat menghilangkan 72 jenis penyakit…Insha Allah

Appointment bekam appointment bekam sms nama alamat tarikh anda mahu berbekam ke 017-2378001 Jehan

Rawatan BEKAM POWER saya bermula seawal jam 10 pagi. Anda tak perlu bersusah payah hendak ke pusat rawatan saya. Biarlah saya datang kepada anda. Pakej rawatan saya KL & SELANGOR (jurubekam wanita juga disediakan) :
a)Rm110 utk 22 cups         b)Rm60 utk 10 cups


Facebook: http://bit.ly/bekamazzahra   ♥|LIKE|SHARE|♥ insha Allah bermanfaat pada rakan-rakan anda dengan menghidupkan rawatan Sunnah Nabi Muhammad SAW…:)

Ya ALLAH...
Muliakanlah orang yang membaca status ini  Ringankanlah kakinya untuk melangkah ke masjid  Lapangkanlah hatinya  Bahagiakanlah keluarganya
Luaskan rezekinya seluas lautan  Mudahkan segala urusannya  Kabulkan cita-citanya  Jauhkan dari segala Musibah  Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.  Dan berkatilah dunia & akhirat untuk orang yang membaca, like dan sharekan status ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin

SMS terakhir sebelum kemalangan

  • SMS terakhir sebelum kemalanganGambar kenangan, Norma dan Rusli.
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - “Awak makan dulu, walid balik lambat hari ini,” itu antara kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang sempat dihantar mangsa kemalangan maut, Rusli Embok kepada isterinya, Norma Abdul Rahman, 52, sebelum terbabit dalam nahas yang meragut nyawanya di Jalan Jerangau Jabor, Dungun, malam kelmarin.

Norma berkata, SMS itu adalah yang terakhir diterimanya kira-kira jam 7 petang, sebelum dikhabarkan berita kematiannya pada hari sama.

“Tengah hari sebelum kejadian pun, arwah ada menelefon saya, ketika itu dia sudah berada di Dungun. Arwah pesan supaya saya tidak lupa makan ubat sebab saya kurang sihat.

“Kehilangan arwah sangat dirasai ahli keluarga kerana dia seorang yang penyayang dan terlalu mengambil berat soal anak-anak,” katanya yang mengajar di Kolej Vokasional Wakaf Tembusu, di sini.

Menurut Norma yang masih bersedih di atas apa yang berlaku, setiap pagi, sebelum dia ke sekolah, arwah selalu bawakan beg serta barang-barangnya dan diletakkan di dalam kereta sambil mengiringinya sehingga ke pintu kereta.

“Tetapi pada hari kejadian, arwah hanya meletakkan barang-barang saya ke dalam kereta dan kemudiannya duduk di hadapan televisyen sambil menonton rancangan agama kegemarannya.

“Pada pagi itu, arwah tidak mengekori saya sehingga ke pintu kereta, sebaliknya saya bersalam dengannya di dalam rumah sahaja sebelum keluar ke tempat kerja,” katanya.

Norma tidak mengesyaki perkara pelik yang akan terjadi kerana dia sendiri mengetahui bahawa arwah memang suka menonton rancangan agama itu.

Sementara itu, adik ipar arwah, Ramli Abdul Rahman, 38, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

“Ketika perjumpaan keluarga itu, arwah kelihatan sangat gembira, sehari sebelum menyambut Aidiladha dia berpuasa, dan ketika berbuka puasa, arwah nampak begitu berselera menjamu masakan ketam yang disediakan.

“Arwah memang seorang yang sangat disenangi ahli keluarga serta sanak saudara kerana kami selalu berhubung di antara satu sama lain,” katanya.

Manakala biras arwah, Dr Zulkifli Mohd Yusoff, 50, berkata, berita kematian arwah sangat mengejutkannya kerana baru sahaja berjumpa dua minggu lepas.

“Sejak dahulu lagi, arwah memang baik dengan semua orang dan saya perasan sejak kebelakangan ini, dia terlalu rapat dengan kami semua (saudara-mara), kehilangannya memang amat dirasai,” katanya.

Rusli yang bekerja sebagai Pengurus Besar Kanan (Pembinaan LPT Fasa 2) Jabatan Kerja Raya, meninggalkan seorang isteri serta empat anak, Ahmad Adli, 27, Ahmad Bulqini Ahsraf, 22, Ahmad Abqory Aiman, 19 dan Nur Amalina Syaquire, 18.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kecil, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu kira-kira jam 12 tengah hari.


♥ Bukan MLM atau skim cepat kaya..Ia satu-satunya biz yang terbukti dengan realiti dapat menjana pendapatan dengan mudah hanya melalui facebook anda…modal amat kecil tetapi income yang diperoleh tidak seperti yang dijangkakan..usah berfikir lagi mulakan tindakan bijak anda dengan sertai Kedai Online Herba Malaysia Bisnes Copy/paste Network sekarang dengan Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan  [] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan!
 
>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT :)

Friday 11 October 2013

Kisah hamba Allah beribadah 500 tahun

Kisah hamba Allah beribadah 500 tahun

Detik Islam,11 Okt 2013
Dari Jabir RA berkata bahawa Rasulullah SAW. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah SAW katanya; “Wahai Muhammad, demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.”

Dan di situ Allah SWT mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah SWT juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah SWT supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari kebangkitan. Maka Allah SWT pun menerima permintaanya.

Berkatalah malaikat lagi; “Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah SWT lalu Allah SWT menyuruh Malaikat - masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku.” Maka berkata orang itu; “Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah SWT menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah SWT berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat penglihatan yang Allah SWT berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah SWT berfirman: “Masukkan ia ke dalam neraka”. Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatmu.” Lalu Allah SWT berfirman kepada malaikat: “Bawakan ia ke mari”.

Kemudian Allah SWT bertanya orang itu; “Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada.” Lalu orang itu menjawab; “Engkau ya Allah.” Kemudian Allah SWT bertanya lagi; “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?” Jawab orang itu; “Ya Allah, dengan rahmatmu.”

Allah SWT bertanya lagi; “Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?” Jawab orang itu; “Engkau ya Allah.”

Allah SWT bertanya lagi; “Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?”

Lalu orang itu berkata; “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya.”

Allah SWT berfirman; “Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku.” Malaikat Jibrail berkata; “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah SWT.”

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah SWT berikan pada hambanya. Oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah SWT sebaliknya memohonlah dengan rahmatnya.

Hanya dengan rahmat Allah SWT sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya. Apabila kita memohon kepada Allah SWT supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah SWT memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga Firdaus.


Salam, PROMOSI GEMPAK HARI RAYA AIDIL ADHA 2013~REBUT Peluang KEEMASAN sebagai ahli terawal AUTO SPILLOVER GLOBAL 7X10 LEVEL=PELUANG JANA BONUS RM40,336 SECARA AUTO 100%! YG BERMINAT SILA DAFTAR PERCUMA DI: http://bit.ly/cashjutawan  >>terbaik sistem website online BUAT DUIT RM1,000 MINGGUAN DARI RUMAH / PEJABAT! X PERLU JUAL BARANG! X PERLU PANDAI CAKAP! PROJEK DUIT RAYA LUMAYAN!

>RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> http://bit.ly/bekamazzahra   jom LIKE & SHARE INSHA ALLAH BERKAT :)

Audit: Tindakan dengan surat amaran sahaja

Audit: Tindakan dengan surat amaran sahaja

Saidah Hairan,10 Okt 2013


SHAH ALAM: Kerajaan tidak pernah berazam untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan penyelewengan terutama dalam jabatan kerajaan sehingga  berlaku ketirisan yang berulang setiap tahun.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, 95 peratus tindakan yang diambil jika mereka atau jabatan kerajaan terlibat dengan penyelewengan hanya dengan memberi surat teguran sahaja.

Katanya, jika tiada tindakan tegas yang dikenakan kepada mereka maka sampai bila-bila pegawai atau mungkin ketua jabatan akan terus cuai.

"Jika berlaku kerap kali sudah pasti rakyat akan mencurigai sama ada semua yang terlibat iaitu daripada pegawai hingga ketua jabatan," katanya dalam wacana di Karangkraf,  `Laporan Audit: Tiris atau Terlepas pandang'.

Beliau menegaskan, ekoran laporan audit yang mencurigakan rakyat mahu pihak kerajaan mengambil tindakan tegas menghapuskan masalah ketirisan yang berlaku dalam jabatan kerajaan.

"Kita harap penguatkuasaan jalankan proses siasatan dengan lebih terperinci supaya pihak yang bersalah menjadi contoh kepada pihak lain," tegasnya.

Menurut beliau, jika kerajaan berjaya mengambil tindakan keras dan tidak ada toleransi dalam soal ketirisan sudah pasti pihak Audit Negara akan menjalankan kerja dengan lebih mudah.

Beliau menyelar jawapan Ketua Polis Negara mengatakan 44 laras senjata api yang hilang mungkin jatuh ke dalam laut dan tidak jatuh ke tangan penjenayah.

Katanya, jika pihak penguatkuasa tidak mengambil tanggungjawab terhadap aset yang ada dalam badan berkenaan sudah pasti jabatan kerajaan lain akan melakukan kecuaian terhadap aset mereka.

Laporan audit menyebut bahawa polis kehilangan 44 laras senjata api, 156 gari dan 29 kenderaan.

Beliau menegaskan, jika pihak Polis yang menegakkan keadilan tidak dapat mengawal jenayah yang berlaku dalam jabatan mereka, bagaimana mereka boleh mengawal jenayah di luar.

Disiplin bermula daripada pihak penguatkuasaan dan ia perlu dilaksanakan di jabatan serta kementerian manakala menteri-menteri perlu mengambil tanggungjawab terhadap setiap yang berlaku dalam kementerian mereka.
Wacana disertai Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohammed dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ( PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Ubah prosedur elak ketirisan berulang 


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamad berkata, ketirisan yang sama berulang setiap tahun disebabkan prosedur yang dilaksanakan oleh Jabatan kerajaan selama ini tidak pernah dibetulkan.

Menurut beliau, jika pembelian secara pukal tidak diubah dengan satu kaedah baru yang dicadang kepada kerajaan walaupun harga termurah tetapi perlu ada semakan harga pasaran iaitu tidak boleh melebihi harga pasaran yang munasabah.

"Jangan benarkan harga yang dibeli itu dengan harga yang tidak munasabah. Kalau harga pasaran RM100 tapi benarkan pembelian dengan harga RM3000, ini sudah tidak munasabah," tegasnya.

Beliau berharap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu bentangkan kepada kerajaan supaya mengubah prosedur tersebut dan jika ada perubahan sudah tentu ketirisan tidak akan berlaku berulang.

Mengulas ketirisan yang setiap tahun berulang, katanya, ketua jabatan di setiap kementerian bertanggungjawab mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai atau kakitangan yang terlibat melakukan penyelewengan atau memaklumkan terus kepada penguatkuasa undang-undang.

Sekiranya perkara itu tidak sengaja dilakukan atau kelalaian maka menjadi tangggungjawab Ketua Jabatan untuk menyiasat perkara tersebut.

"Jika sebuah syarikat, Audit memaklumkan berlaku pemalsuan, kita siasat jika salah kita buang, lepas itu kita minta bayar balik. Ini duit syarikat. Jika ini tidak dapat, hantar mereka yang terlibat kepada polis dan masukkan dalam penjara," tegasnya.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing dan bukan diserahkan kepada pihak SPRM.

"Masalahnya undang-undang negara kita, kelalaian itu bukan satu kesalahan jenayah, buat satu keputusan tidak betul juga bukan kesalahan jenayah," katanya.

Beliau berkata, ini berbeza dengan negara maju jika kesalahan dilakukan dengan sengaja akibat kelalaian sehingga kehilangan wang berjuta ringgit maka mereka yang terlibat boleh dituduh atas kelalaiannya.

"Pada hari ini kelalaian tidak boleh dituduh dan tertuduh pun tidak boleh dituduh," katanya.


SALAM JUMAAT~SISTEM PAY PER KLIK LUMAYAN MALAYSIA!
HANYA PERLU KLIK DAN JANA PENDAPATAN RM100 –RM500 HARIAN!
SEBARKAN LINK WEBSITE ANDA DAN JANA WANG SETIAP HARI…
SISTEM ON9 100% ~ LELAKI & WANITA 18 TAHUN KEATAS BOLEH JOIN!
~~Projek Duit Raya RM100,000~~Jom Bersara Awal~Lupuskan Hutang Piutang Anda~~
DAFTAR PERCUMA DI http://bit.ly/jutawancash

>RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT :)

Wednesday 9 October 2013

Pinjaman Tekun memang hanya untuk ahli Umno

Pinjaman Tekun memang hanya untuk ahli Umno

Harakahdaily,09 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan (gambar).

Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu, lapor The Malaysian Insider.

Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.

"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.

"Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur, 7 Oktober lalu.

Kata Rahim, Tekun ditubuhkan semasa Konvesyen Umno Pulau Pinang pada tahun 1994.

"Kerana itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu menekankan perkembangan dan beliau sendiri berkata Tekun merupakan anak kandung Umno," katanya.

Dana tambahan RM700 juta merupakan antara salah satu dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Najib baru-baru ini.

Tekun akan menerima dana tersebut bermula tahun depan dan ia akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

"Kita tidak dapat sekaligus ia secara berperingkat tapi memang setiap tahun kita menerima RM300 juta dan RM300 juta merupakan bayaran balik daripada peminjam yang kita terima.

"Tambahan dana itu adalah kerana seruan perdana menteri yang mahukan kita meningkatkan pinjaman sehingga ke RM100,000, jadi inilah wadah perjuangan Tekun iaitu membantu kaum Bumiputera tanpa mementingkan keuntungan," katanya lagi.

Beliau berkata Tekun juga mengalakkan permohonan pinjaman dari usahawan muda dikalangan siswazah yang baru menamatkan pelajaran.

"Golongan muda antara yang perlu diberi perhatian, terutama perkembangan trend sekarang ramai usahawan terdiri daripada lepasan siswazah dilihat lebih suka menjalankan perniagaan sendiri.

"Kerana itu kita beri ruang kepada mereka untuk berniaga dengan program seperti Sohonista ini supaya mereka kemudiannya tidak menentang kerajaan akibat kegagalan kerajaan yang tidak mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada semua lepasan mahasiswa dan inilah peranan Tekun," katanya.


Losyen BRO6~Losyen Melambatkan Ejakulasi Suami Untuk Menceriakan isteri & Kepuasan maksima!
KHUSUS UNTUK SUAMI Supaya isteri tidak kecewa terhadap daya tahan suami. Suami perkasa, isteri akan tersenyum ceria. Dirumus khas untuk suami. Benar-benar hebat >> Suami akan jadi lebih segar & berdaya tahan>> Menyegarkan dan menghangatkan>> Pelayaran lancar dan jauh>> Isteri boleh mencapai puncak (klimaks) sehingga 3 kali. "Anda pasti mampu menempuh 3 lautan dalam tanpa kecewa...isteri tersenyum ceria luar biasa."~~ untuk pembelian dan daftar sebagai Agen Promoter 1 Malaysia sila klik http://bit.ly/jutawancash  >JOM JANA bonus RM5,000 BULANAN~income lumayan sebagai Promoter Produk Online Speedrich99! Terus layak ke Program Jutawan Online Bisnes Jana Duit Raya RM100,000~LIKE & SHARE :)

>RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> http://bit.ly/bekamazzahra jom LIKE & SHARE INSHA ALLAH BERKAT :)

Monday 7 October 2013

BEKAM 22 POINT UNTUK STRESS, KELETIHAN DAN KELESUAN

BEKAM 22 POINT UNTUK STRESS, KELETIHAN DAN KELESUAN


 
Anda akan rasa seperti diurut. Badan akan rasa ringan dan segar selepas segala angin dan darah kotor dikeluarkan dari badan. Nak bekam? SAYA ADALAH PEMBEKAM SEPENUH MASA YANG MENAWARKAN KHIDMAT BEKAM KERUMAH ANDA.
 
Rawatan saya bermula seawal jam 10 pagi. Anda tak perlu bersusah payah hendak ke pusat rawatan saya. Biarlah saya datang kepada anda. Pakej rawatan saya:
a)Rm110 utk 22 cups
b)Rm60 utk 10 cups
 
Kawasan yang saya boleh pergi:
A. Sungai buloh, kuang, paya jaras,
B. Puncak alam, puncak perdana
C. Ijok, kota puteri, country homes
D. Shah alam
E. Keramat
F. Melawati
G. Puchong
H. Subang Bestari, Subang Perdana, Kg Melayu Subang
I. Ampang, kg pandan
J. Cheras
K. Sungai besi
L. Hulu klang, ukay
M. Batu caves
N. Selayang
O. Segambut
P. Damansara, kota damansara
Q. Petaling jaya
R. Subang, usj
 
appointment bekam sms NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA  BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN

https://www.facebook.com/bekamAzZahra  |LIKE|SHARE| INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN2 ANDA :)

Bohong berlapis pemimpin BN

Bohong berlapis pemimpin BN

Zulkifli Yahaya,07 Okt 2013

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu tiada penyelewengan berhubung kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang di Dewan Rakyat, menyatakan bahawa PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012 termasuk 44 unit senjata api. Laporan tersebut turut menyatakan aset tertinggi yang hilang ialah gari iaitu sebanyak 156 unit selain 29 unit kenderaan PDRM.

Hilang dan seleweng mempunyai dua maksud yang berbeza. Tidak semestinya kehilangan aset tersebut kerana berlaku penyelewengan. Namun polis adalah pihak yang memegang amanah menjaga keselamatan negara,  jika berlaku kehilangan yang begitu besar sehingga mencecah nilai RM1.33 juta bermakna mereka sudah melakukan penyelewengan dalam menjaga amanah.  Lalai juga adalah satu bentuk penyelewengan amanah.  Mengapa Menteri Dalam Negeri beriya-iya hendak membohongi rakyat dengan mengatakan tiada penyelewengan?

Lagi fakta menarik dalam laporan Ketua Audit Negara ialah Kementerian Belia dan Sukan telah membazirkan wang rakyat kerana membayar K-Pop pada sambutan Hari Belia Negara sejumlah RM1.6 juta. K-Pop adalah kumpulan penyanyi wanita muda dari Korea yang terkenal dengan persembahan separa bogel.

Perkara ini pernah didedahkan Pakatan Rakyat sejurus selepas program untuk menarik belia menyokong BN itu diadakan. Namun jurucakap KBS sendiri memberitahu kononnya RM1.6 juta dibayar oleh pihak swasta, bukan guna duit kerajaan.

Mustahil untuk Ketua Audit Negara kemudiannya mengemukakan sebuah laporan palsu apabila mendakwa KBS membayar K-Pop menggunakan duit kerajaan. Menteri Belia dan Sukan sekarang, Khairy Jamaludin turut mengesahkan bahawa pembayaran terpaksa dibuat sendiri oleh KBS setelah penaja tidak menepati janji.

Tiba-tiba bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek cuba membuat putarbelit baru dengan mendakwa penaja ada memberi sumbangan. Bagi mempertahankan diri, Shabery mendakwa pihak Ketua Audit Negara sebagai culas.

Sudahlah pembohongan mereka berlapis-lapis, pihak lain pula yang menjadi mangsa. Jabatan Audit tidak fasal-fasal menjadi 'punching beg' para pemimpin kerajaan yang cuba menutup penyelewengan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia. Hujahnya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari.

Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai “produk ciplak” dari kempen Mongolia dan Israel.

Setelah disiasat rupanya slogan 'Endless Possibilities' digunakan oleh Israel sejak Disember 2011 lagi, bukannya Januari 2013. Dahsyat sungguh pembohongan para menteri BN.

Catatan di atas hanya beberapa contoh pembohongan oleh para pemimpin kerajaan yang sedang memerintah Malaysia di mana sejarah pembohongan mereka terhadap rakyat sudah berlarutan sejak separuh abad. Berbohong dan terus berbohong terhadap rakyat, itulah cara hidup mereka.

Prof. Dr Mohamad Ridhuan Osman telah mendedahkan rahsia kejayaan Firaun memerintah negara dalam tempoh yang terlalu lama. "Rahsianya kerana Firaun berjaya memperbodohkan rakyatnya," ujar beliau.

Antara yang dilakukan Firaun, dedah Dr. Ridhuan adalah menggunakan saintisnya untuk menyukat kedudukan air Sungai Nil. Dengan itu mereka boleh menjangkakan kedatangan banjir. Firaun akan mengarahkan rakyatnya untuk membuat persediaan menghadapi banjir sambil memberitahu, "Aku akan banjirkan bumi Mesir."

Demikianlah BN boleh memerintah dengan lama di Malaysia melalui strategi memperbodohkan rakyat melalui pembohongan. Oleh kerana Malaysia sebuah negara demokrasi maka kuantiti golongan yang boleh dibohongi BN akan menentukan parti tersebut terus memerintah. Semakin ramai golongan yang mempercayai pembohongan mereka, semakin banyak kerusi diperolehi, maka parti tersebutlah yang memerintah.

Tetapi dalam PRU13 lalu, BN cuma mendapat 47 peratus sokongan, mengalahkan Pakatan Rakyat yang mendapat 53 peratus sokongan. BN berkuasa juga. Mengapa? Jawabnya kerana BN bukan hanya pandai berbohong tapi pandai menipu.
Salam~RAHSIA MEMBUAT WANG DARI RUMAH DARI RM100 HARIAN-RM3,000 SEMINGGU=KERJA SMBILAN LUMAYAN MALAYSIA 2013, daftar percuma di http://bit.ly/jutawancash  >> $$ JOM BEBASKAN HUTANG=JANA RM1,000 SEMINGGU HANYA KLIK WEB! X jual barang, x perlu bercakap, x payah buat loan=DAPATKAN RM100 SEHARI HANYA SEBARKAN LINK WEBSITE ANDA! > Like n Share.

>RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN>https://www.facebook.com/bekamAzZahra |LIKE|SHARE| INSHA ALLAH BERKAT :)