Tuesday 20 August 2013

Konsert Metallica di M’sia di kala bumi Mesir berdarah

Konsert Metallica di M’sia di kala bumi Mesir berdarah

Harakahdaily,20 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan.

Ketika Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta persatuan-persatuan prihatin sibuk mengadakan majlis munajat, solat ghaib untuk para syuhada’ Mesir, Qunut Nazilah, serta majlis penerangan dan kutipan derma di seluruh negara termasuk di masjid-masjid, kerajaan pula menganjurkan konsert hiburan rock metal.

“Agak menghairankan bagaimana nilai sensitiviti pada pemimpin umat Islam di negara ini dalam menghadapi kemelut dan polemik dunia,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Konsert kumpulan rock terkenal Metallica dijadualkan akan diadakan pada malam esok di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Ia diluluskan oleh kerajaan dengan promosi, kemudahan serta harga tiket yang lumayan dan mendapat tempat strategik di ibu negara.

Di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan.

Ketika Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), parti-parti politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam serta persatuan-persatuan prihatin sibuk mengadakan majlis munajat, Solat Ghaib untuk para syuhada’ Mesir, Qunut Nazilah, serta majlis penerangan dan kutipan derma di seluruh negara termasuk di masjid-masjid, kerajaan pula menganjurkan konsert hiburan rock metal.

Agak menghairankan bagaimana nilai sensitiviti pada pemimpin umat Islam di negara ini dalam menghadapi kemelut dan polemik dunia.

Mungkin beralasan ianya dirancang lebih awal, namun jika dihayati, apa faedahnya meluluskan konsert Linkin’ Park sebelum itu dan Metallica pada malam esok diadakan di negara ini?

Bukanlah suatu kesalahan masyarakat berhibur kerana hiburan itu adalah naluri manusiawi.

Namun pilihlah hiburan yang menepati jiwa manusia, bukan unsur melampau dan memekakkan telinga serta mengandungi mesej dan makna yang tidak keruan.

Sampai tahap inikah kerajaan mahu melalaikan masyarakat terutama umat Islam dalam hiburan?

Perlukah meraikan kehendak atau kegilaan anak-anak muda terhadap rentak keras yang melampau serta irama yang memekakkan telinga dengan thrash metal seperti itu?

Sebagaimana agresifnya penganjur konsert mengadakan konsert ini, diluluskan dan diberi restu oleh kerajaan, diberi tempat istimewa di tengah bandraya Kuala Lumpur, serta diberi ruang promosi yang hebat dan besar-besaran, seagresif itulah juga kerajaan seharusnya menyambut peristiwa berdarah di Mesir dan Syria.

Alangkah baiknya malam esok dianjurkan Majlis Munajat Memohon Kesejahteraan Umat Islam di kedua-dua negara tersebut di Stadium Merdeka dan dihadiri oleh tokoh serta pemimpin lapisan rakyat daripada kerajaan dan Pakatan Rakyat, NGO-Ngo dan lain-lain lagi.

Seharusnya Perdana Menteri sendiri turun bermunajat bersama rakyat, memimpin solat hajat dan Qunut Nazilah, mengutip sumbangan, memberikan ucapan semangat meningkatkan motivasi dan sokongan kepada golongan mustadhafin di Mesir dan Syria sebagaimana PM Turki lakukan sehingga membuka mata pemimpin dunia Arab dan dunia Barat yang lain.


5 step strategi pantas jana RM30,000-kempen 1 rumah 1 pemilik kedai online Speedrich99 Halal Muslim Malaysia! Kongsikan kedai online anda pada 7 rakan dan anda nikmati pendapatan lumayan RM40,336 setiap bulan AUTOMATIK! WOW! BERSARA AWAL JANA RM1 JUTA! DAFTAR PERCUMA DI SINI:  http://bit.ly/jutawancash >>JEMPUTAN PELUANG ANDA BOSS JUTAWAN INTERNET 27/8/2013! SESI BERSAMA JUTAWAN INTERNET~100 PESERTA TERAWAL SILA TEMPAH TEMPAT SEBELUM TERLEWAT! TEKNIK MENJANA INCOME RM100,000! SISTEM JUTAWAN BISNES ONLINE BERSAMA JUTAWAN INTERNET MALAYSIA! LOKASI SPEEDRICH99-HQ KL SETAPAK. Tarikh 27/8/13~9pm~sistem kompres realtime jana income RM40,336.00 DARI RUMAH SAHAJA~Sistem auto 100% online~6 produk hebat lelaki & wanita~[KOPI POWER 18SX SUAMI PERKASA ISTERI HANGAT-AWET MUDA DELIMA COLLAGEN-MINYAK DAN KAPSUL MINYAK KELAPA DARA-LOSYEN TAHAN LAMA GEL MANTOP BRUTAL] [”Ya Allah Murahkanlah rezeki sesiapa yg LIKE & Share maklumat ini dan bebaskanlah dirinya dari hutang dan kesusahan dunia & akhirat”] Aamiin :)  

No comments:

Post a Comment