Sunday 22 September 2013

Kerajaan PR S'gor tunai janji beri geran tanah

Kerajaan PR S'gor tunai janji beri geran tanah

Selangorku,22 Sep 2013
SUNGAI BULOH: Seramai 90 orang penduduk Kampung Matang Jaya, Paya Jaras berasa teruja kerana penantian puluhan tahun untuk memiliki geran tanah bakal ditunaikan Kerajaan Negeri.

Seorang penduduk, Manimegalaen,35, (kiri) berkata beliau amat terharu tanah yang diduduki selama lebih 20 tahun bakal menjadi miliknya.

“Akhirnya impian saya untuk memiliki geran tanah sendiri selepas segala urusan pada pagi ini selesai, terus-terang saya merasa sangat-sangat gembira kerana sudah menunggu bagi tempoh yang lama untuk memilikinya,” katanya.

Bagi Rajasami, 67, (kanan) pula berkata usaha Kerajaan Negeri memberikan hak milikan kepada penduduk wajib dipuji kerana ia membuktikan kepedulian pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Saya ingin ucapkan terima kasih khusus kepada Kerajaan Negeri dan Tan Sri kerana membuktikan bahawa Kerajaan Negeri pimpinan beliau sentiasa mengutamakan kehendak rakyat yang selama ini dipinggirkan kerajaan sebelumnya,” katanya.

Manimegalaen dan Rajasami ditemui ketika menyelesaikan urusan pemilikan geran tanah yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama firma guaman yang terlibat di Dewan Orang Ramai Kampung Matang Pagar dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Safie, 41 (kiri) berpendapat jumlah bayaran premium RM1,000 yang dikenakan Kerajaan Negeri adalah tidak membebankan rakyat yang ingin memiliki geran tanah sendiri.

“Biarpun belum selesai lagi prosesnya, saya rasa jika perlu dibayar RM1,000 pun saya sanggup kerana ia masih berpatutan dan saya percaya penduduk lain juga sependapat dengan saya,” katanya.

Penolong Pegawai Tadbir PKNS, Ismarazi Ismail berkata urusan pengambilalihan geran tanah ini mempunyai beberapa peringkat sebelum penduduk dapat memiliki geran tanah sendiri.

Katanya, PKNS sentiasa membantu bagi melicinkan proses berkenaan dengan bertindak sebagai pengantara diantara penduduk dan firma guaman serta pejabata tanah.

“Tujuan utama program kita hari ini adalah membantu melicinkan proses pemilikan geran tanah supaya penduduk tidak perlu bersusah payah untuk ke firma guaman serta pejabat tanah kerana rata-rata penduduk tidak tahu mengenai kaedah serta prosesnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ismarazi berkata, semua penduduk berkenaan dijangka dapat memiliki geran tanah sendiri dalam tempoh sebulan selepas semua urusan diselesaikan oleh Pejabat Tanah.

Salam Ceria Isnin :)  Program Membebaskan 10,000 Rakyat Malaysia Dari Kemiskinan Tegar! Jadikan Laptop / Komputer Anda Mesin Mencetak Wang RM3,000 Seminggu! Pay Per Klik Iklan Jana Bonus RM500-RM14,000 Sebulan! Daftar percuma di  http://bit.ly/jutawancash >$$”YA ALLAH BEBASKANKANLAH SaHABATKU YANG LIKE & SHARE INFO INI DARI BEBAN HUTANG DUNIA & AKHIRAT…AAMIIN >>:) ♥

>> HARI TERBAIK BERBEKAM SUDAH TIBA. Waktu Terbaik Berbekam Setiap Bulan Islam. Dari Anas, Bahawa Rasululullah SAW biasa berbekam pada leher dan tengkok. Baginda berbekam pada tanggal 17, sembilan belas dan dua puluh satu. (HR Tirmizi :51)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19, 21 maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.” (HR Abu Daud (3861) Hari terbaik berbekam ialah ISNIN, SELASA DAN KHAMIS. Dan dilakukan setiap sebulan sekali.
>>September 2013 / Zulkaedah 1434H->Pada 23hb, 25hb dan 27hb September bersamaan 17, 19 dan 21 Zulkaedah. Semoga Bermanfaat. Untuk appointment BEKAM KE RUMAH ANDA , sila hubungi perawat bekam: Sms BEKAM-nama-alamat-tarikh-waktu nak bekam ke Jehan 017-2378001 >https://www.facebook.com/bekamAzZahra ♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥


No comments:

Post a Comment