Tuesday 10 September 2013

Pemerintah Mesir berhentikan 50 ribu imam dan khatib

Pemerintah Mesir berhentikan 50 ribu imam dan khatib

http://greenboc.blogspot.com,11 Sep 2013

Kaherah - Barisan Ulama Anti Kudeta menganggap pemberhentian para khatib dan peniadaan solat Jumaat di ribuan masjid di Mesir adalah satu tindakan sistematik di dalam memerangi Islam, berserta tokoh-tokoh dan kegiatan keagamaannya. Hal ini disampaikan dalam satu konferens akhbar Sabtu (7/9/2013) kelmarin, dakwatuna.com melaporkan.

Konferens akhbar ini dilakukan untuk menjawab langkah kementerian wakaf yang menghentikan sekitar 50 ribu imam dan khatib yang bukan merupakan lulusan Al-Azhar dan mendapatkan kepegawaian dari kementerian wakaf, minggu lalu. Akibat langkah tersebut, terdapat ribuan masjid yang tidak dapat melaksanakan solat Jumaat kelmarin, kerana belum ada ketersediaan penggantinya.

Dinyatakan juga, kejadian seperti ini adalah yang pertama sejak masuknya Islam ke Mesir. Bahkan pada masa penjajahan pun hal seperti ini tidak berlaku.

Dalam keterangan itu, disebutkan bahawa di Mesir terdapat 150 ribu masjid dan musolla. Dari jumlah tersebut hanya 55 ribu masjid saja yang imam dan khatibnya secara rasmi dilantik oleh kementerian wakaf. Ada sekitar 50 ribu masjid yang diimami oleh para imam dengan sistem penggajian yang terbatas, atau lebih tepatnya secara sukarela.

Kerana masih banyak yang menjadi tenaga sukarela, maka pada masa pemerintahan Presiden Mursi ada 3 ribu imam dan khatib yang dilantik dari sekitar 57 ribu orang yang mendaftarkan diri. Ketika ini seharusnya ada perlantikan yang baru. Tapi yang terjadi, ada 50 ribu imam dan khatib yang dibatal surat izin khutbahnya. Padahal mereka adalaj ulama dan penghafal Al-Qur’an.

Konferens akhbar ini ditutup dengan himbauan kepada para ulama untuk menjadi mereka yang terdepan di dalam menentang kudeta. kerana yang diperangi pemerintah kudeta adalah Islam, ibadah-ibadah, dan para ulama. Bukan masalah politik lagi.

Salam Merdeka Raya 2013-Jom Merdeka Kemiskinan*projek SIMPANAN AKAUN BANK ANDA RM500,000-BERSARA AWAL 365 HARI-BISNES ONLINE HALALAN MALAYSIA NO 1! JOIN NOW FREE! http://bit.ly/jutawancash
>X jual barang, x perlu bercakap, x payah buat loan=DAPATKAN RM100 SEHARI HANYA SEBARKAN LINK WEBSITE ANDA. Wow$$”YA ALLAH BEBASKANKANLAH SaHABATKU YANG LIKE & SHARE INFO INI DARI BEBAN HUTANG DUNIA & AKHIRAT…AAMIIN >> :)  Insha Allah bermanfaat pd sahabat kita yg memerlukan Extra Income RM5,000 Sebulan..hanya sambilan dari rumah..Aamiin… :)

No comments:

Post a Comment