Monday 7 October 2013

Bohong berlapis pemimpin BN

Bohong berlapis pemimpin BN

Zulkifli Yahaya,07 Okt 2013

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu tiada penyelewengan berhubung kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang di Dewan Rakyat, menyatakan bahawa PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012 termasuk 44 unit senjata api. Laporan tersebut turut menyatakan aset tertinggi yang hilang ialah gari iaitu sebanyak 156 unit selain 29 unit kenderaan PDRM.

Hilang dan seleweng mempunyai dua maksud yang berbeza. Tidak semestinya kehilangan aset tersebut kerana berlaku penyelewengan. Namun polis adalah pihak yang memegang amanah menjaga keselamatan negara,  jika berlaku kehilangan yang begitu besar sehingga mencecah nilai RM1.33 juta bermakna mereka sudah melakukan penyelewengan dalam menjaga amanah.  Lalai juga adalah satu bentuk penyelewengan amanah.  Mengapa Menteri Dalam Negeri beriya-iya hendak membohongi rakyat dengan mengatakan tiada penyelewengan?

Lagi fakta menarik dalam laporan Ketua Audit Negara ialah Kementerian Belia dan Sukan telah membazirkan wang rakyat kerana membayar K-Pop pada sambutan Hari Belia Negara sejumlah RM1.6 juta. K-Pop adalah kumpulan penyanyi wanita muda dari Korea yang terkenal dengan persembahan separa bogel.

Perkara ini pernah didedahkan Pakatan Rakyat sejurus selepas program untuk menarik belia menyokong BN itu diadakan. Namun jurucakap KBS sendiri memberitahu kononnya RM1.6 juta dibayar oleh pihak swasta, bukan guna duit kerajaan.

Mustahil untuk Ketua Audit Negara kemudiannya mengemukakan sebuah laporan palsu apabila mendakwa KBS membayar K-Pop menggunakan duit kerajaan. Menteri Belia dan Sukan sekarang, Khairy Jamaludin turut mengesahkan bahawa pembayaran terpaksa dibuat sendiri oleh KBS setelah penaja tidak menepati janji.

Tiba-tiba bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek cuba membuat putarbelit baru dengan mendakwa penaja ada memberi sumbangan. Bagi mempertahankan diri, Shabery mendakwa pihak Ketua Audit Negara sebagai culas.

Sudahlah pembohongan mereka berlapis-lapis, pihak lain pula yang menjadi mangsa. Jabatan Audit tidak fasal-fasal menjadi 'punching beg' para pemimpin kerajaan yang cuba menutup penyelewengan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia. Hujahnya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari.

Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai “produk ciplak” dari kempen Mongolia dan Israel.

Setelah disiasat rupanya slogan 'Endless Possibilities' digunakan oleh Israel sejak Disember 2011 lagi, bukannya Januari 2013. Dahsyat sungguh pembohongan para menteri BN.

Catatan di atas hanya beberapa contoh pembohongan oleh para pemimpin kerajaan yang sedang memerintah Malaysia di mana sejarah pembohongan mereka terhadap rakyat sudah berlarutan sejak separuh abad. Berbohong dan terus berbohong terhadap rakyat, itulah cara hidup mereka.

Prof. Dr Mohamad Ridhuan Osman telah mendedahkan rahsia kejayaan Firaun memerintah negara dalam tempoh yang terlalu lama. "Rahsianya kerana Firaun berjaya memperbodohkan rakyatnya," ujar beliau.

Antara yang dilakukan Firaun, dedah Dr. Ridhuan adalah menggunakan saintisnya untuk menyukat kedudukan air Sungai Nil. Dengan itu mereka boleh menjangkakan kedatangan banjir. Firaun akan mengarahkan rakyatnya untuk membuat persediaan menghadapi banjir sambil memberitahu, "Aku akan banjirkan bumi Mesir."

Demikianlah BN boleh memerintah dengan lama di Malaysia melalui strategi memperbodohkan rakyat melalui pembohongan. Oleh kerana Malaysia sebuah negara demokrasi maka kuantiti golongan yang boleh dibohongi BN akan menentukan parti tersebut terus memerintah. Semakin ramai golongan yang mempercayai pembohongan mereka, semakin banyak kerusi diperolehi, maka parti tersebutlah yang memerintah.

Tetapi dalam PRU13 lalu, BN cuma mendapat 47 peratus sokongan, mengalahkan Pakatan Rakyat yang mendapat 53 peratus sokongan. BN berkuasa juga. Mengapa? Jawabnya kerana BN bukan hanya pandai berbohong tapi pandai menipu.
Salam~RAHSIA MEMBUAT WANG DARI RUMAH DARI RM100 HARIAN-RM3,000 SEMINGGU=KERJA SMBILAN LUMAYAN MALAYSIA 2013, daftar percuma di http://bit.ly/jutawancash  >> $$ JOM BEBASKAN HUTANG=JANA RM1,000 SEMINGGU HANYA KLIK WEB! X jual barang, x perlu bercakap, x payah buat loan=DAPATKAN RM100 SEHARI HANYA SEBARKAN LINK WEBSITE ANDA! > Like n Share.

>RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN>https://www.facebook.com/bekamAzZahra |LIKE|SHARE| INSHA ALLAH BERKAT :)

No comments:

Post a Comment