Friday 4 October 2013

Harmonikan pertikaian, keluarlah dari kepungan

Harmonikan pertikaian, keluarlah dari kepungan

Mohammad Faizal Che Yusof,05 Okt 2013

HENRY KISSINGER dalam satu ucapan masyhur beliau pernah menyebut antara lainnya berbunyi “Control oil and you control nations; control food and you control the people.”. Kissinger adalah seorang tokoh arkitek dasar luar Amerika sekitar 1970-an. Beliau yang pernah berkhidmat secara langsung di bawah tiga presiden Amerika, Richard Nixon, Gerald Ford dan Jimmy Carter cukup member kesan yang ampuh dalam mewarnai dasar luar Amerika Syarikat.

Pada saat artikel ini ditulis, kita masih lagi belum pasti yang Malaysia secara muktamadnya tidak akan menantadatangani Perjanjian Perkongsian Tran Pasifik “TPPA”. Walaupun presiden Amerika yang dijadualkan berpijak di bumi Malaysia membatalkan hasrat lawatannya, segalanya belum berakhir.

TPPA hanyalah siri-siri dokumen yang mengesahkan setiap perbuatan Amerika untuk menguasai dunia. Bahkan sejak berdekad sebelum ini pun, Amerika telah mencengkam dunia dengan secukupnya. Apa yang disebut oleh Kissinger adalah satu dasar yang benar-benar dipraktikkan oleh pentadbiran White House.

Amerika yang sejak dahulu diteraju oleh sekumpulan kecil manusia yang ingin menguasai dunia telah berjaya mengadakan proksi-proksi mereka bukan sahaja di dalam Amerika, bahkan ia telah berada di mana-mana. Sebelum ini pernah saya catatkan perihal Bank For International Settlement “BIS”, ia adalah antiti yang berada di luar Amerika yang menjadi rubber stamp kepada setiap kehendak kelompok modern colony tersebut. Mari kita kenali secara ringkas satu lagi antiti yang menjadi setiap kehendak modern colony ini sah dan halal di sisi perundangan.

Federal Reserve yang menjadi bank pusat kepada Amerika Syarikat telah ditubuhkan pada 1913. Dalam satu ungkapan yang cukup gah, seorang penganalisa ekonomi Murray N. Rothbard mengungkapkan sebagaimana berikut, “The Federal Reserve System virtually controls the nation’s monetary system, yet it is accountable to no one. It has no budget, it is subject to no audit, and Congressional Committee knows of, or can truly supervise its operations,”.
Federal Reserve yang dissebut begitu gah boleh berbuat apa saja demi memastikan kepentingan kewangan Amerika berada pada tahap yang terbaik dalam apa jua situasi. 12 anggota yang menjadi tulang belakang Federal Reserve amat digeruni oleh ahli-ahli politik, lebih-lebih lagi yang berhasrat menduduki White House.

Fraction Reserve System adalah satu system pusingan kewangan yang mula diperkenalkan oleh Federal Reserve yang kini menjadi amalan di seluruh dunia melalui system perbankan pusat. Fraction Reserve System inilah membenarkan sekelompok kecil modern colony di dunia hari ini bebas berbuat apa sahaja tanpa batasan kewangan dan keupayaan.

Fraction Reserve System menentukan jumlah atau kadar duit atau wang yang dibenarkan untuk berada dalam pasaran. System ini beroperasi setelah system kewangan yang bersandarkan kepada emas telah dihapuskan dan digantikan dengan system duit kertas yang hanya ditentukan oleh pasaran.

Fraction Reserve amat bergantung kepada jumlah simpanan wang yang ada dalam system kewangan Negara. Dengan kiraan multiplyer, ia akhirnya menentukan jumlah wang yang dibernarkan untuk berada dalam pasaran. Dengan kata lain, semakin banyak kita menyimpan wang dalam system perbankan, semakin berganda wang yang dibenarkan untuk diperniagakan dalam pasaran.

Kiraan di bawah adalah contoh mudah bagaimana fraction Reserve System beroperasi bagi menentukan jumlah atau kadar wang dalam pasaran.

MONEY SUPPLY
• Deposit (simpanan)=100.
• Reserve requirement (ditentukan oleh bank pusat)= R = 10%
• Money Multiplyer = 1/R = 1/10% = 10.
• Money supply (wang yang dibenarkan)= Deposit x Money Multiplyer = 100 x 10 = 1000.

Contoh di atas menunjukkan bagaimana wang yang asalnya berjumlah 100 akhirnya menjadi 1000 dalam pasaran. Jika ditanya dari manakah 900 yang mencukupkan 1000 tersebut, jawabnya ia sebenarnya tiada. Itulah Fraction Reserve System.

Dengan ringkasan yang dapat saya kemukakan ini, semoga ia menjadi pedoman untuk kita mengatur gerak dalam ruang lingkup yang kita dikepung dari segenap penjuru. Kita tidak ada banyak masa untuk berbalah perkara yang remeh temeh. Hentikanlah segala pertikaian rupa bentuk kumpulan yang sebenarnya tidak membawa kita ke mana-mana.

Dalam konteks perjuangan Islam, segerakanlah cari titik pertemuan pada setiap pertembungan dan segerakanlah harmonikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan sesama sendiri. – 29 Zulkaedah 1434H. 

Salam, ramai dah Berjaya jana income RM100 – RM1,000 seminggu
Bisnes online sambil login facebook anda!
Set Collagen Delima untuk Isteri Ketat-gebu-padat-montok  & Suami Jadi Awet Muda,
Serta Kopi Tarong XXL=atasi masalah lemah tenaga batin suami isteri,
Sistem Automatik Menjana duit raya RM30,000 sekarang!
Daftar Percuma di http://bit.ly/jutawancash  
>Like & Share Info. TQ

>RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN>https://www.facebook.com/bekamAzZahra    |LIKE|SHARE| INSHA ALLAH BERKAT :)

No comments:

Post a Comment