Tuesday 1 October 2013

PPSMI bukan penentu kedudukan universiti

PPSMI bukan penentu kedudukan universiti

Salmiyah Harun,01 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menegaskan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak memainkan peranan bagi menentukan kedudukan (ranking) sesebuah universiti.

Pengerusi GMP Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, bahasa pengantar universiti tidak pernah menjadi faktor penilaian asana atau ranking universiti antarabangsa oleh mana-mana pihak penilainya seperti ranking QS World University Ranking atau THES yang diikuti universiti negara ini.

Katanya, universiti di Asia yang berada pada ranking pertama hingga ke-50 daripada 300 buah universiti yang dinilai oleh QS dalam tahun 2013 tidak mengamalkan PPSMI.

Universiti tersebut dari negara  Arab Saudi, Iran, Israel, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Tiongkok (dan Hong Kong) dan Turki.

"Walaupun universiti di Singapura berasana ke-2 dan ke-11 yang mungkin suka dijadikan contoh negara yang mahukan PPSMI tetapi universiti-universiti di Hindia yang juga melaksanakan PPSMI, asana tertingginya ialah yang ke-30," katanya dalam satu kenyataan.

Perlu diingatkan juga, katanya,  PPSMI di Malaysia yang dilaksanakan sejak 2002 manakala bermula tahun 2004 universiti pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar malangnya ia tidak memberi kesan positif terhadap ranking universiti negara ini.

"Bahkan UIAM yang memang berpengantar Bahasa Inggeris sejak penubuhannya 1983 lagi mendapat ranking ke bawah 50," tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai menyangkal pandangan Tun Mahathir Mohamad yang menegaskan PPSMI boleh membantu menaikkan ranking universiti di Malaysia.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu menyatakan tindakan kerajaan tidak memasukkan dasar Pengajaran dan PPSMI dalam pelan pendidikan negara adalah satu kesilapan kerana ia boleh membantu menaikkan ranking universiti di Malaysia yang dilihat terus menurun.

Beliau berkata, lebih banyak penekanan perlu diberikan kepada penggunaan bahasa itu terutama bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah untuk menaikkan ranking universiti di negara ini.

Terbaru! Delima Collagen Untuk Awet Dara~Gebu~montok~wangikan miss V!
Orange Collagen~Kopi 18SX Tarong Suami Perkasa~Losyen  Butal Tahan Lama
~Minyak Kelapa Dara=Anti virus, bakteria, fungus & kanser!
100 Agen Diperlukan Seluruh Malaysia!
100% Bisnes Online Jana RM500 – RM5,000 Sebulan Dari Rumah Anda!
Sistem Automasi Online 100%~PROJEK DUIT RAYA RM100,000!
Daftar Percuma di http://bit.ly/jutawancash
 Like & Share Info. TQ

>ANDA STRESS? MIGRAIN? SAKIT BADAN & SENDI? GOUT? HYPERTENSION? ATASI MASALAH KESIHATAN DENGAN BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA DENGAN KAEDAH BEKAM SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW. RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN>https://www.facebook.com/bekamAzZahra    |LIKE|SHARE| INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN-RAKAN ANDA YANG MEMERLUKAN RAWATAN…:) istimewa bekam wanita SABTU & AHAD SAHAJA! “NABI SAW BERSABDA DENGAN BEBEKAM MENYEMBUHKAN 72 JENIS PENYAKIT. INSHA ALLAH…SETIAP SUNNAH NABI SAW PASTI ADA KEBERKATANNYA…AAMIIN….:) “  

No comments:

Post a Comment