Wednesday 28 August 2013

Apa logik lesen memandu 1.7 juta dibatal?

Apa logik lesen memandu 1.7 juta dibatal?

Subky Latif,29 Ogs 2013
Sekitar 1.7 juta lesen memandu bagi pemandu yang tidak menjelaskan saman ekor diancam akan dibatalkan, mengikut cadangan Ketua Polis Negara, Dato Khalid Abu Bakar.

Tetapi apa alasan pembatalan itu?

Ia dicadangkan demi membendung kemalangan  jalan raya yang tinggi. Membendung kemalangan itu adalah penting dan amat wajar.

Tetapi adakah KPN telah ada alasan yang kukuh bahawa kemalangan jalan raya itu dapat dikurangkan dengan pembatalan lesen sejumlah 1.7 juta. Atau adakah kemalangan itu akan diatasi apabila sekalian yang disaman itu menjelaskan samannya?

Ketepatan KPN itu telah dipertikai sebagai suatu yang kurang tepat. Dan tentulah KPN tidak dapat memberi jawapan yang munasabah. Tiada jaminan kemalangan akan berkurangan dengan membatalkan lesen mereka atau mereka membayar saman.

KPN mesti mencari lain-lain punya kemalangan dan memberikan jawapan bagaimana semua sebab itu mesti diatasi.

Saman ekor yang dendanya RM300 tiap-tiap satu kejadian telah berlangsung banyak tahun. Banyak yang sudah disaman kerana memandu lebih dari kelajuan yang dihadkan. Ramai yang menjelaskan  saman dan ramai juga yang engkar.

Tetapi adakah tindakan itu sudah mengurangkan kemalangan? Dipercayai tidak berkesan.

Jika ia berkesan tentulah kerajaan tidak perlu memasang kamera lebih canggih untuk merakam lebih ramai orang yang melanggar syarat lalu lintas itu. Tidak perlulah kamera itu dipasang di sebanyak tempat. Memadai dengan kamera yang tidak disawstakan itu.

Setakat ini orang boleh kata bahawa penggunaan sistem kamera yang baru itu adalah untuk diswastakan dan untuk mencari duit yang sebanyak-banyak. Dan apabila begitu ramai yang tidak menjelaskan saman itu, maka tindakan membatalkan lesen memandu, tidak banyak untuk mengurangkan kemalangan tetapi ia lebih untuk mencari sebanyak-banyak duit.

Orang tidak mahu lesen memandunya  dibatalkan, maka masing-masing menjelaskan saman. Banyak duit yang kerajaan dapat tetapi tidak menjamin kemalangan dapat  dikurangkan.

Polis mesti mencari alasan yang lebih kukuh mengapa lesen itu hendak dibatalkan? Alasan yang KPN bagi itu amat lemah. Ia mungkin boleh disebut oleh polis biasa yang tidak berpangkat. Tetapi bukan dibuat oleh seorang KPN. KPN patut buat kenyataan yang lebih besar dan lebih munasabah.

Alasan paling senang ialah tindakan itu dibuat terhadap orang yang engkar dengan peraturan dan tindakan kerajaan. Kerajaan mahu setiap orang berdisiplin. Mereka mesti patuh kepada undang-undang. Pertama mereka melanggar peraturan kerana memandu laju dari yang dihadkan. Ia satu kesalahan. Besar atau kecil kesalahan tidak penting. Yang penting mereka melanggar undang-undang.

Kedua mereka tidak menjelaskan saman. Tidak membayar ssaman itu satu kesalahan. Apakah tindakan yang dikenakan itu adil atau tidak, ia masalah lain. Yang penting mereka enggan membayar saman dan keengganan itu satu kesalahan.

Mungkin alasan itu cerewet, tetapi ia adalah alasan yang lebih logik dari pembatalan lesen memandu justeru mengurangkan kemalangan jalan raya. Batalkan lesen mereka kerana mereka melanggar arahan  polis tidak membayar  saman, bukan kerana mahu membendung keselamatan jalan raya.

Saya bukan hendak berloyar buruk, tetapi kita mahukan hujah yang kuat. Jangan buat sesuatu tanpa hujah. Buatlah kerana ada hujah.

Jana Wang MERDEKA RAYA BEBAS HUTANG SELAMANYA! ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR ANDA~Extra Cash RM3,000 Cara Pantas Online 100%=ANDA DAFTAR SEKARANG DAN DAPATKAN WANG DIDEPAN LAPTOP ANDA RM500 SEHARI! JOIN NOW FREE! http://bit.ly/jutawancash   >HANYA PROMOSIKAN LINK SYKT PRODUK MINYAK KELAPA DARA-KOPI POWER SUAMI 18SX-LOSYEN TAHAN LAMA-DELIMA COLLAGEN AWET MUDA DAN SETIAP 1 LINK ANDA JANA 100% INCOME=RM100! Jana Duit Raya 2013 RM25,000! BONUS TERUS MASUK AKAUN BANK ANDA DALAM 24 JAM! ! 100 KLIK ANDA DAPAT RM10,000 SEBULAN! MAKSIMA INCOME ANDA RM450,000! Join sekarang! Jana RM500 dalam 24 jam! KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK. Please "SHARE" Sebanyaknya...
|LIKE|SHARE|COMMENT|

No comments:

Post a Comment