Thursday 29 August 2013

Bukan Islam juga jadikan Jumaat hari kebesaran

Bukan Islam juga jadikan Jumaat hari kebesaran

Aslani M,29 Ogs 2013
TUMPAT: Penganut bukan Islam juga menjadikan hari Jumaat sebagai hari kebesaran bagi agama mereka di Kelantan.

Penganut Kristian turut mengunjungi gereja pada hari Jumaat sedangkan di negeri-negeri lain gereja dikunjungi pada hari Ahad.

Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Lim Guan Seng berkata, begitu juga program Songkran bagi penganut Buddha dalam kalangan masyarakat Siam turut diadakan hari Jumaat.

Katanya, kalau diadakan pada hari lain program Songkran yang dianjur kerajaan negeri tidak ramai yang datang kerana ramai keluar bekerja.

“Sebabkan itulah festival Songkran anjuran Urusetia diadakan pada hari Jumaat. Festival itu kebiasaannya diadakan pada bulan April setiap tahun.

“Bagaimanapun tahun ini diadakan lewat sedikit memandangkan April berlangsung kempen pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.

Festival Songkran diadakan sempena sambutan tahun baru bagi masyarakat Siam diadakan pada 15 bulan kelima dalam kalendar lunar ketika bulan mengambang penuh.

Seng juga berkata, pada program Songkran anjuran kerajaan negeri turut diadakan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin. Pegawai dari Konsul Diraja Thai di Kota Bharu juga dijemput hadir.

Selain itu katanya juga kerajaan negeri turut menyalurkan sumbangan bagi membaiki bangunan atau taman di wat-wat Siam.

Antaranya peruntukan bagi membina bangunan kelas bahasa Thai di Wat Khosakaran di Tumpat sebanyak RM30,000.

Salam Jumaat~ELAKKAN KESESAKAN JALAN RAYA SETIAP PAGI DAN PETANG~BERSARA AWAL DAN JANA  RM15,000 SEBULAN!~Sure Profit RM100 Daily! 100% online! X perlu jual barang & X perlu pandai bercakap=hanya klik website sahaja! DAFTAR PERCUMA DI SINI : http://bit.ly/jutawancash  >HANYA PROMOSIKAN LINK SYKT PRODUK MINYAK KELAPA DARA-KOPI POWER SUAMI 18SX-LOSYEN TAHAN LAMA-DELIMA COLLAGEN AWET MUDA DAN SETIAP 1 LINK ANDA JANA 100% ! Jana Duit Raya 2013 RM25,000! BONUS TERUS MASUK AKAUN BANK ANDA DALAM 24 JAM! ! 100 KLIK ANDA DAPAT RM10,000 SEBULAN! MAKSIMA INCOME ANDA RM450,000! Join sekarang! Jana RM500 dalam 24 jam! KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK. Please "SHARE" Sebanyaknya...
|LIKE|SHARE|COMMENT|

No comments:

Post a Comment