Thursday 7 November 2013

Intipan AS permulaan kepada penjajahan

Intipan AS permulaan kepada penjajahan

Salmah Mat Husain,07 Nov 2013
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan menggesa kerajaan  Malaysia  betindak tegas terhadap dakwaan  negara ini sedang diintip oleh Amerika Syarikat melalui kedutaannya di sini.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Fadzli Shaari berkata, kerajaan Malaysia perlu memperjelaskan isu pengintipan itu yang timbul berikutan laporan akhbar berhubung dakwaan pemberi maklumat perisikan, Edward Joseph Snowden yang mendedahkan  Amerika Syarikat  mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaannya di Kuala Lumpur.

“Saya menyifatkan intipan seperti itu sebagai satu bentuk penjajahan baru yang amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana negara di zaman moden ini.

“Kita bukan lagi berada di zaman Perang Dunia di mana semua isu keselamatan dipantau oleh Amerika Syarikat yang mendakwa sebagai polis dunia,”ujarnya.

Katanya lagi, di zaman moden abad ke-21 ini,  amat memalukan apabila sesebuah negara berdaulat masih diintip oleh negara lain atas sebab keselamatan.

Beliau menegaskan, sejarah membuktikan bentuk penjajahan dan serangan ketenteraan yang berlaku di dalam sejarah pastinya akan dimulakan dengan proses intipan.

Kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu lagi, Jepun misalnya sebelum menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 telah memulakan proses intipan beberapa tahun sebelum itu melalui ejen-ejen yang menyamar sebagai orang awam.

“Demikian juga serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu beberapa bulan lepas juga dilaporkan dimulai dengan proses intipan begitu lama oleh ejen-ejen mereka yang bergerak di dalam masyarakat awam.

“Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk Amerika Syarikat melakukan sebarang kegiatan intipan sekalipun hanya intipan eletronik di negara ini,”ujarnya lagi.

Tambah beliau, selaku sebuah negara yang mempunyai kedaulatan sendiri disamping mempunyai hubungan diplomatik dengan Amerika, adalah sangat tidak wajar kegiatan seperti itu dilakukan.

Sehubungan itu, Fadzli menggesa  kerajaan Malaysia melakukan tindakan yang lebih tegas selain daripada menghantar nota bantahan.

Katanya ianya  termasuk juga menagguhkan serta merta rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pacific (TPPA) dengan Amerika dan juga Austraila yang dikatakan turut terlibat.

Selain itu, tegasnya lagi bantahan demi bantahan wajib disuarakan melalui Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia termasuklah menutup sementara Keduataan Amerika Syarikat jika perlu.

“Pada saya, tindakan sebegini wajib dilakukan demi menjamin kedaulatan negara tidak sewenang-wenangnya dicabul oleh negara asing,”ujarnya.



Anda yang mampu mengubah kehidupan anda..jangan risau dengan modal yang anda laburkan sebanyak RM70 mampu membantu anda peroleh pendapatan tambahan dengan sekelip mata hanya lakukan kerja yang teramat mudah..sertai rakan-rakan kita yang telah menjana income RM1,000 sebulan, RM2,000 Sebulan, RM3,000 sebulan, malahan kini sedang giat mahu mencipta pendapatan sambilan RM100,000…berminat ingin tahu sila.. Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan [] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan! ♥teknik Jutawan Internet Malaysia dengan cara mudah♥ANDA JANA WANG PERSARAAN RM1 JUTA DARI SEKARANG :)

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT :)

No comments:

Post a Comment