Tuesday 5 November 2013

Mursi bersemangat hadapi pertuduhan di mahkamah

Dr Mursi terus bersemangat dan tabah hadapi pertuduhan di mahkamah

Inilah gambar pertama Dr Mursi selepas berbulan disembunyikan tentera

Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan tentera Mesri membuat penampilan pertama setelah berbulan dipenjara tentera kudeta untuk menghadiri perbicaraan bersama tujuh orang yang lain iaitu Naib Presiden FJP, Dr. 'Esom 'Eryan, As'ad Syaikhah (Timbalan Ketua Turus Jabatan Presiden), Ahmed Abdul 'Athi (Ketua Kakitangan Pejabat Presiden), Aiman Abdur Raouf (Penasihat Presiden) dan Dr.Mohammed Beltaji (Bekas MP Ikhwan

Dilaporkan bahawa pihak keselamatan merampas komputer riba, telefon, dan gajet-gajet yang lain daripada wartawan sebelum mereka memasuki dewan mahkamah.
Presiden Dr Mursi yang memakai kot dan seluar biru gelap berserta kemeja putih tanpa tali leher hanya tersenyum mendengar isu provokasi yang ditimbulkan oleh perhakiman kudeta ke atasnya.

Dr Mursi sempat menyampaikan pesan kepada Dr Eryan sebelum dihantar semula ke penjara,

"Sampaikan salamku buat rakyat Mesir yang teguh dan thabat (tetap). Dan katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya saudaramu Mursi akan tetap teguh dan thabat dan tidak akan bertolak ansur dengan penghinaan ke atas agamanya dan negaranya"

Penangguhan perbicaraan diumumkan oleh setiausaha mahkamah dan akan ditangguhkn ke 8 Januari, penangguhan diputuskan atas alasan hakim tidak dapat meneruskan perbicaraan seterusnya akibat sorakan dan laungan menentang tentera di dalam dewan perbicaraan.

Sebelum perbicaraan ditangguhkan Dr Mursi berkata kepada Hakim:

"Saya adalah presiden sah untuk negara ini dan saya mempertanggungjawabkan kamu di atas semua jenayah kudeta ke atas legitimasi "

Setelah perbicaraan ditangguhkan Dr Mursi dibawa semula ke penjara Kaherah dengan sebuah helikopter.

Sementara itu, jutaan manusia mengadakan demonstrasi di hadapan mahkamah dan jalan-jalan sekitarnya walaupun cuba disuraikan tentera dengan menggunakan peluru hidup. Berpuluh-puluh cedera akibat tembakan tentera namun belum ada kematian dilaporkan.

saksikan video Dr Mursi di SINI

Peluang jana pendapatan yang termudah, termurah dan terpantas hanya dengan sertai Kedai Online Herba Malaysia Jutawan Senyap Internet Bisnes Copy/paste Network..anda tak perlu menjual barang..TAK PERLU HADIR MESYUARAT SETIAP MINGGU..TAK PERLU PANDAI BERCAKAP..hanya perkenalkan website anda pada rakan2..anda buat banyak anda akan dapat pulangan yang banyak..apa tunggu lagi jom ramai-ramai… Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan [] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan! ♥teknik Jutawan Internet Malaysia dengan cara mudah♥ANDA JANA WANG PERSARAAN RM1 JUTA DARI SEKARANG :)

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT :)

No comments:

Post a Comment